|
|
| Thursday, 6-Nov-2008 13:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hue...
|
|
Hari ni aku ada meeting kat City Bayview, then masa rest tgh hari aku pun saja jln2 nak cari benda nak shot. Then lepas shot aku edit color je... kali ni aku hanya adjust Hue color. Tgk la hasilnya yang tak seberapa... hehe... budak baru belajar kalau salah tolong2 la tegurkan....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Nov-2008 14:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mee Arang + Soya (Pandan, Ros, Jagung)
|
|
Ni nak cita tempat makan yang tak ramai org tau, tapi rasa memang A++. Walaupun nampak biasa dan tepi jalan tapi yang paling penting rasa.
1. Mee Arang.
Mee arang ni kat lorong kulit, yang best dgn mee goreng mamak ni, dia masak tak guna gas, tapi dia guna arang. Rasa mee yang digorang dengan arang ni memang lain, kita tak bau gas. Cuba la... Antara mee gorang mamak yang best kat Penang.
2. Soya (Pandan, Ros, Jagung)
Soya ni plak kat jalan dato' kramat. Yang menarik dgn soya ni ada 5 jenis air gula, ada air gula biasa (putih), gula hitam, gula hijau (pandan), gula kuning (jagung) dan gula merah (ros). So boleh la rasa soya dgn pelbagai rasa tambahan. Memang sedap la. Mesti cuba....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 12:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Stadium Bandaraya...
|
|
Kali ni aku saja test ambil gambar kat stadium bandaraya, tapi masa tu aku rushing so aku main ambil je, tak sedar yang speed aku tak cukup hingga menyebabkan over lighting. So aku try edit, ni je yg mampu aku buat...
Bagi gambar ni pula aku bermain dengan Manual Focus..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Nov-2008 06:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengambaran Pelajar Tingkatan 5..
|
|
Hari ini aku menjalankan tugas sebagai AJK J/K Dokumentasi SMKRTU dengan menjaga proses pengambaran pelajar tingkatan 5, Malangnya kerana aku masih lagi amatur maka aku hanya menjaga sahaja, aku harap pd tahun hadapan aku sendiri yang akan menjadi jurugambar. bukan susah sgt pun..khehe... (ada sasaran)
So dalam proses tu aku ada la ambil beberapa keping gambar... tak dpt penuh dapat sikit2 pun jadi la...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Nov-2008 07:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Padang Kota Lama
|
|
Ingat lagi tak nama ni?
Padang Kota Lama merupakan tempat menarik di Pulau Pinang, kalau nak cita memang banyak, antaranya Fort Cornwallis dan Pasembur Padang Kota yang famus (tapi biasa je)...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Nov-2008 00:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kelemahan pengunaan flash...
|
|
Semalam aku mencuba skill mengunakan flash utk indoor dan outdoor yang gelap, pengunaan di indoor yang bersiling lebih mudah berbanding yang tidak bersiling. Aku tunjukan hasil di dua tempat berbeza.
1. Majlis Jamuan Pengawas 2008 SMKRTU.
Kalau dulu tanpa external flash aku tak kan dapat gambar sebaik ni - nampak la muka org yg berucap tu.
2. Program Hari Bertemu Pelangan KPM/JPNPP.
Aku tak dapat lagi cari port yang sesuai untuk ambil gambar, so hari ni aku belajar nak cari tempat yang sesuai. Aku juga sedar yg sgt susah nak bermain dengan cahaya di dalam shoping complex. Err..... kena train byk lagi...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 00:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penang Road
|
|
Semalam aku yang sudah lama tak ke Jalan Penang atau lebih dikenali dengan Penang Road yang mana merupakan antara jalan-jalan yang sentiasa sesak di Pulau Pinang. Banyak yang menarik di Penang Road ini, antaranya takua rendang (cucur udang), jeruk, buah pala, cendol dan bazzar Corasta. Jadi sepanjang aku di Penang Road semalam aku telah mengambil beberapa gambar kenangan.... gambar2 ni aku tak edit.
sedapnya............
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Oct-2008 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Permainan Warna...
|
|
Aku cuba bermain dengan warna.. kali ni aku menggunakan gambar sekolah dan gambar di sekitar Bukit Jambul.
Sebagai newbie aku sentiasa mencuba sesuatu yang baru bagi menambahkan lagi skill yang pada pendapat aku masih dibawah 10% dalam bidang editing...
Aku harap suatu hari nanti aku akan mempunyai skill yang setanding dengan otai2...
Teknik pengambaran aku juga masih lemah, kemahiran mengunakan M(manual) juga agak lambat, aku perlu ambil 2 atau 3 keping gambar untuk aku dpt seting yg sesuai. Aku akan banyak kan latihan bagi memastikan tangkapan aku lebih baik dari sekarang.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 14:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PHOTO CHALLENGE #195 - MULTIPLE IMAGES
|
|
PHOTO CHALLENGE #195 - MULTIPLE IMAGES
hehe.. ni percubaan aku yang pertama.. aku ni kiranya buta la bab2 edit ni.. ni pun Cikgu Fairul yang ajarkan.. dia ajar basic.. thanks to him...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 09:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Bacaan Yassin di Surau SMKRTU (SPM)
|
|
Semalam aku baru je beli external flash cap ayam dgn harapan aku boleh mengambil gambar indoor dgn lebih baik lagi, memandangkan bjet aku tak banyak maka aku pun memilih flash yg murah mcm mana SLR aku juga. Tetapi aku pernah mendengar kata2 yang selalau mendorong aku, kamera bukan soalnya, tetapi skill seseorang itu yang memastikan kualiti gambar, jadi aku memilih untuk mempelajari daripada asas.
Pada majlis bacaan yassin semalam aku ingin mengunakan kesempatan untuk mencuba flash baru (first time). Memandangkan pertama kali aku mengunakan external flash maka aku tidak dapat mengunakannya dengan baik dan banyak gambar yang rosak...
Aku byk try & erro sampai lah aku jumpa cara pengunaan external flash yang betul. Sekarang aku dah faham beberapa pekara penting. Banyak lagi perlu aku pelajari....
|
|
|
|